Khamis, 19 Ogos 2010

BSLN 140810 dan pendidikan

Pameran: Zulkifli Yusoff ‘Negaraku’
Tarikh: 26 Julai 2010-26 September 2010.
Galeri:
2A & 2B, Seni Malaysia Balai Nasional
No. 2 Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
Tel : 03 4026 7000 03 4026 7000
Tiket masuk : Percuma








Ini adalah lawatan saya untuk kali kedua bagi kursus SSP 6493 Kesedaran seni Visual. Pun begitu, keterujaan tetap terasa tatkala melihat karya yang tersergam indah. Zulkifli Yusof bukanlah nama yang asing di kalangan pencinta seni tanahair. Selain aktif berkarya, beliau juga merupakan pensyarah seni di beberapa Institusi pengajian tinggi. Dan yang terkini adalah di UPSI sendiri.


Bercerita tentang karya beliau, membuatkan saya teringat tentang fenomena orang zaman dahulu bilamana kepentingan radio yang sangat berpengaruh. Untuk mendapatkan berita, berhibur,berkarya dan mendidik masyarakat.

Jika kita bandingkan generasi muda remaja sekarang dengan generasi muda dewasa hari ini, dari pelbagai segi sama ada daripada segi kebolehcapaian kemudahan yang dibekalkan oleh kerajaan, kepantasan kemahiran penggunaan teknologi, penularan budaya asing, proses pembangunan negara dan sebagainya amat berbeza walaupun beza umur hanyalah lebih kurang 10-15 tahun.

Bagi saya itu semua adalah proses perkembangan dan peningkatan bagi sesebuah negara yang dipacu kemajuannya oleh masyarakatnya sendiri yang mahukan perubahan dan perubahan yang pastinya ke arah yang lebih baik, namun yang penting menjadi asas kepada kelestarian pembangunan dan kemajuan sesebuah negara adalah pemaju atau masyarakat yang berada dalam negara itu sendiri, akan tetapi proses kemenjadian manusia harus dilihat dengan teliti agar keterusan pembinaan asas kematangan pada setiap generasi tidak berubah dan ‘accelerate’ .

Pendidikan adalah faktor terpenting dalam menjadikan masyarakat Malaysia yang berjaya menguruskan negara dalam konteks dan acuan kita sendiri, janganlah kerana jatuhnya negara kita disebabkan kelemahan kita dalam bidang pendidikan. Walaupun di negara kita semakin hari semakin meningkat jumlah bilangan institusi pendidikan tinggi dan bilangan masyarakat memiliki Sijil, Diploma dan Ijazah semakin bertambah bilangannya namun kita masih terkial-kial untuk bersama berganding bahu memajukan negara kita dalam bidang kuasa dan peranan masing-masing. Kita terpaksa menggunakan kepakaran luar negara dalam menguruskan negara kita terutamanya dalam sektor yang berisiko tinggi dan sektor ini agak rapuh untuk dikhianati oleh mereka yang bukan warganegaranya.

Kegusaran dan kebimbangan saya, Generasi Baru Malaysia yang akan lahirkan nanti hilang asal-identitinya, mereka sukar untuk mempunyai semangat cintakan negara, mereka sudah lupa pada akar-bumi mereka sendiri, mereka lebih suka terhadap ‘equality’ tanpa merujuk asas perlembagaan negara, mereka lebih gemar berada dalam dunia siber, mereka akan lebih suka berada dalam kebergantungan terhadap ibubapa, mereka tidak peka tentang isu keselamatan negara, mereka mudah terdedah kepada penyelewengan internet, mereka menjadikan masyarakat lebih kaku dan beku, dan mereka mudah bimbang tentang hal bersifat keindividuan tanpa melihat dunia dalam gambar yang lebih besar .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan